Monday, October 21, 2013

Tentetif Program Kembara : Jejak Warisan Wali 9, Jawa

TENTETIF PROGRAM KEMBARA : 26hb - 30hb Mac 2014

Hari 1 : KUALA LUMPUR - SURABAYA
Berlepas dari KL pagi dan dijangka tiba tengahari. Selepas makan bergerak ke [1] Makam Sunan Ample kemudian bersiar-siar di kota Surabaya.

Hari 2 : SURABAYA - GRESIK - LAMONGAN - TUBAN
Selepas sarapan pagi bergerak ke Gresik melawat [2] Makam Sunan Malik Ibrahim dan [3] Makam Sunan Giri. Makan tengahari nasi padang dan kemudian ke Lamongan melawat [4] Makam Sunan Drajad dan bergerak seterusnya ke Tuban melawat makam [5] Makam Sunan Bonang. Makan malam dan bermalam di Tuban.

Hari 3 : TUBAN - MURIA - KUDUS - DEMAK - SEMARANG
Selapas sarapan pagi bergerak ke Gunung Muria perjalanan makan masa 3 jam jarak 170 km. Makan tengahari di sekitar muria sebelum memanjat gunung Muria dengan 'ojek' sejauh 3km untuk melawat [6] Makam Sunan Muria. Seterusnya ke Kudus melawat [7] Makam Sunan Kudus dan lansung ke Demak untuk melawat [8] Makam Sunan Kalijaga dan diakhir pada malam ini dengan solah di Masjid Agung Demak. Makan malam dan makan malam di Semarang.

Hari 4 : SEMARANG - CIREBON - BANDUNG
Sarapan di Semarang dan tersu bergerak ke Cirebon dengan perjalanan sejauh 234 km jangkaan 5 jam. Melawat [9] Makam Sunan Gunung Jati dan Masjid Agung Cirebon, kemudian meneruskan perjalanan ke kota Bandung sejauh 135 km jangkaan 3 jam perjalanan. Makan malam dan bermalam di kota Bandung.

Hari 5 : BANDUNG - KUALA LUMPUR
Free and easy di kota Bandung sehingga waktu petang. Berlepas pulang pada waktu malam ke Kuala Lumpur. Kapalterbang jam 1920 malam.